Wednesday, November 18, 2009

Monday, November 16, 2009

suzieyana maslinda muhammad



Aku dilahirkan pada tanggal 13 Mei 1987....(tarikh keramat tueee)..kat umah je dikg Pengkalan Batu,Pasir Mas..Kelate...
Aku ni anak tengah...lam 7 org adik beradik...nak tahu nape ak cakap aku ni ank tengah?...hmm...sebab aku ader 2ore abe,2 ore kakak n 2 ore adik....bez jd anak tengah ni...sbb aku slalu je jadi orang tengah lam family aku...hehehehe...
Dari kecik lagi aku bercita-cita nk jadi arkitek...tp cita-cita aku xkesampaian sebab ayah aku antar aku belajar kat sekolah ugama...so ak tuntut la agama sampai form 3...pas 2 msk sek men...ambik aliran sains....hmmm...rase xsesuei lak ngn jiwa aku...so masuk sek teknik...belajar lorr sal seni bina...suke dpt blajar kat c2...yela da mmg mnat aku sjak dri kecil nk belajar tntng seni bina...wlaupun mndapat tentangan dari abg n kakakku yang da jd ustaz n ustazah...(nak srh aku jd cam diorg loorr)...so blajar punyer blajar....pas2 lps dpt rsult spm..dpt twaran kat uitm...mak aku lak xbg msk sner...sbb die ckp rugi ambik diploma...mak srh ambk f6...dsebabkan aku ni anak yang bek..(hehehehe)..aku ikut jela mak hasrat mak aku 2...nak dikatekan berkat doa ibu...aku dapat sambung kat UPSI ni...sonok dapat jd cikgu...sonok lagi sbb dapat gembirakan aty mak(msk ngan ijazah),abg n kakak(jd cikgu) ak...n arwah ayahnda ku yang sentiasa medoakan kebahagiaan n kejayaan anak-anaknya......Al-Fatihah

'U'

GURU....

model taska......



karyakuu...




Thursday, November 12, 2009

FOOD ARTCHITECTURE


Panduan Al-Ghazali mantapkan jiwa remaja

Judul: Tip-tip Efektif Pimpinan Rohani Al-Ghazali Buat Remaja
Penulis: Deden Himawan
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd


SIAPAKAH Al-Ghazali menjadi pembuka tirai kepada perkenalan dengan tokoh kontroversi yang menjadi kekaguman umat Islam, tetapi ada kalanya turut dihina dalam buku Tip-tip Efektif Pimpinan Rohani Al-Ghazali Buat Remaja karya penulis Indonesia, Deden Himawan.

Hakikatnya, bukan hanya dalam dunia Islam, pengaruh Al-Ghazali yang terkenal dengan nama Latin Algazel turut meresap di kalangan ilmuwan Barat, di mana buku hasil karya beliau diterjemahkan dalam bahasa Latin.

Kira-kira 100 karya Al-Ghazali yang merangsang dan memberi ilham kepada beberapa ulama bagi menghasilkan karya yang sama hebatnya sudah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa di negara Islam.

Perselisihan pendapat karya Al-Ghazali menyentuh penggunaan hadis lemah, bahkan yang palsu. Sesetengah ulama tiada masalah dengan perkara itu selagi penggunaan hadis berkenaan tidak berkaitan dengan masalah hukum.

Bagaimanapun, dalam perselisihan pendapat karyanya, Al-Ghazali berjaya dalam beberapa perkara terutama yang menggabungkan dimensi mistik daripada agama diwakili tasauf dengan dimensi lahir bersumber hukum syariat menjadikan ajarannya selalu dikatakan sebagai tasauf yang bersyariat.

Menetapkan sasaran kepada kumpulan remaja, buku Tip-tip Efektif Pimpinan Rohani Al-Ghazali Buat Remaja yang dimulakan dengan riwayat tokoh terkenal itu diikuti dengan bab kedua yang membawa pembaca memahami tasauf menurut perspektif Al-Ghazali.

Antara isu dibincangkan ialah erti dan rahsia tasauf, tasauf berdasarkan syariat, kisah sufi dan tasauf memandang dunia, iman menurut pandangan tasauf dan konsep tuhan menurut tasauf.

Menariknya, cara Deden Himawan mendekati kelompok pembacanya secara bercerita, ada kalanya beliau bertanyakan soalan serta memberikan jawapan seolah ada interaksi antaranya dengan pembaca.

Begitulah beliau memulakan kisah keraguan yang menjadi titik tolak kepada pencarian kebenaran hakiki oleh Al-Ghazali. Walaupun bermula dengan kebingungan dan keraguan, Al-Ghazali yakin kebenaran hakiki pasti tercapai.

Semua itu diceritakan Al-Ghazali dalam kitab Munqidz seperti dibincangkan dalam buku Tip-tip Efektif Pimpinan Rohani Al-Ghazali Buat Remaja dalam bab tiga mengenai Konsep Pengetahuan dan Cara Mendapatkannya Menurut Pandangan Al-Ghazali.

Mengenali Al-Ghazali lebih dekat membawa pembaca meneroka banyak lagi kisah dikaitkan dengan tokoh terkemuka itu serta pendekatan beliau membimbing umat Islam memantapkan kerohanian mereka.

Tajuk dibahaskan turut diserikan dengan kartun serta sedutan daripada kitab Munqidz Min al-Dhalal sebagai fakta sokongan bagi memudahkan pemahaman selain menjadi unsur santai sebelum perbincangan diteruskan.

Membelek halaman buku itu satu persatu menemukan kita dengan pelbagai fakta bersifat terus kepada topik perbincangan dan tidak kurang memerlukan pembaca mencari maksud tersirat di sebalik kata-kata tersurat.

Sebagai bahan ilmiah, buku Tip-tip Efektif Pimpinan Rohani Al-Ghazali Buat Remaja bukan saja sesuai untuk remaja yang hati mereka memang ampuh dan memerlukan pedoman, malah sewajarnya turut dibaca dewasa.

Bukan saja untuk mengenali siapa Al-Ghazali atau mengkaji hasil penulisannya, tetapi juga sebagai santapan rohani yang akan menguatkan lagi keimanan serta melatih minda supaya rajin memikirkan apa yang ingin dicari dalam kehidupan seterusnya menetapkan matlamat ke arah mencapainya.

Thursday, October 29, 2009

apa itu catan?

>Catan
Pengenalan
___________________________________________________________

Seni catan dan lukisan dinding yang terawal dihasilkan oleh manusia adalah pada 30,000 tahun dahulu atau lebih dikenali sebagai zaman paleolitik. Manusia pada zaman ini masih belum mengenal erti bercucuk tanam dimana mereka memburu untuk hidup.Lukisan-lukisan ini dihasilkan oleh orang-orang zaman batu yang tinggal dan berteduh di dalam gua serta hidup dalam puak-puak atau kumpulan.Lukisan-lukisan ini merupakan imej binatang ini dilukis bagi tujuan keagamaan dan penyembahan kepada tuhan mereka untuk kejayaan memburu hari esok. Berdoa untuk dimurahkan rezeki.Disamping itu upacara ritual akan diadakan pada malam-malam tertentu dengan tarian dan nyanyian di hadapan unggunan api(ala ala Red Indian) bagi memuji dan meminta rezeki dari tuhan mereka.Semakin lama,gua itu semakin sarat dengan lukisan yang semakin harinya semakin cantik dengan teknik serta penggunaan medianya juga semakin diperkembangkan.Bermula daripada teknik melukis dengan arang,ia kemudiannya diperbaiki dengan teknik cetakan atau hand-stencil dengan menggunakan getah-getah tumbuhan sebagai warna.


Antara gua-gua yang terawal dihuni oleh orang-orang batu ini adalah Gua Cosquer yang terletak di Maditerranean Coat berhampiran Marseilles,Perancis (gambar di sebelah) yang kini lebih daripada separuh gua ini sudah ditenggelami laut tetapi lukisan-lukisannya masih lagi dapat dilihat dengan jelas.Sehingga kini, gua ini masih lagi menjadi pusat penyelidikan para penyelidik seni dan ahli-ahli arkeologi.Disamping itu, gua ini juga menjadi salah satu pusat perlancongan di Marseilles.

Aktiviti-aktiviti purba ini juga dilakukan dengan tidak kurang kreatifnya oleh orang-orang batu yang menghuni gua-gua di timur Sepanyol,Italy,Jerman, selatan Russia dan utara Afrika dan banyak lagi negara-negara Eropah.

Inilah asal-usul lukisan dinding dan juga seni catan. Cuba bayangkan, orang-orang zaman batu juga tahu dimana tempat yang sesuai untuk mereka menyonteng dinding disamping mempunyai motif tertentu untuk berkarya.Pada zaman ini,tidak kira di Malaysia atau di America sekali pun, contengan-contengan graffiti ini dihasilkan dimana-mana saja tanpa difikir ia sesuai atau tidak, mengganggu atau tidak serta mencacatkan permandangan atau tidak.




Catan merupakan perbuatan meletakkan pewarna "pigment" terlarut dalam pelarut (atau medium) dan agen pengikat (gam) kepada permukaan (sokongan) seperti kertas, kanvas atau dinding. Ini dilakukan oleh pelukis; takrif ini digunakan terutamanya jika ia merupakan kerjayanya. Manusia telah melukis selama 6 kali lebih lama berbanding penggunaan tulisan.
Perkataan lukisan digunakan sebagai bererti lukisan gambar seterusnya dalam rencana ini.
Lebih khusus lagi, rencana ini tentang lukisan pada permukaan untuk sebab artistik, dianggap salah satu pekara penting dalam bentuk seni.
Catan ialah proses menghasilkan seni dengan menggunakan bahan berwarna atau atau cat yang disapu ke atas sesuatu permukaan yang rata. Aktiviti catan membolehkan seseorang menyedari serta dapat merakamkan kesan cahaya pada bentuk, rupa serta susunan yang terdapat pada alam sekitar. Sejarah catan dikatakan bermula pada Zaman Yunani Purba. Gambaran yang dibuat mengisahkan aktiviti keagamaan. Media yang digunakan ialah mozek dan fresco. Pada Zaman Renaissance yang merupakan zaman kemuncak seni lukis di Eropah, media yang digunakan ialah cat minyak, cat air, fresco dan tempera. Pada abad ke-20, muncul satu aliran baharu dalam persembahan catan yang mempersembahkan catan yang mempersembahkan karya seni abstark dan semi abstrak. Di Malaysia, catan mula berkembang sekitar tahun 1930-an. Pelukis yang terkenal ialah Abdullah Ariff dan Yong Mun Sen yang banyak menggunakan media cat






Media
_____________________________________________________________________
Cat Air
Bahan warna dalam karya cat air ialah pewarna dalam bentuk kek atau tiub. Ia bersifat lut sinar, lembut dan boleh dibuat legap sekiranya cat air dari tiub. Cat air akan menjadi tebal sekiranya disapu berlapis-lapis. Bahantara yang digunakan ialah air. Kertas yang digunakan ialah kertas cat air. Berus yang sesuai digunakan untuk karya cat air ialah jenis lembut dan beraiz antara 000 hingga 14. Palet juga diperlukan untuk membancuh warna. Sebuah bekas seperti gelas atau botol yang bermulut lebar diperlukan untuk mengisi air bersih dan untuk mencuci berus.

Cat Poster
Cat poster boleh didapati dalam tiub atau botol. Ia mengandungi pengilat larut air dan bersifat legap. Bahantara yang digunakan ialah air. Berus yang digunakan untuk berkarya menggunakan cat poster ialah jenis lembut dan keras. Manakala kertas daripada jenis ‘cartridge’ yang tebal dan berpermukaan licin digunakan. Air yang bersih diperlukan untuk menghasilkan campuran warna.

Cat Tempera
Bahan warna berbentuk serbuk atau perekat dalam tiub yand=g sedia proses. Ia mengandungi bahan pengilat seperti kuning telur atau gam cecair. Untuk menghasilkan karya menggunakan cat tempera, alat dan bahan yang digunakan ialah berus jenis lembut atau keras, kertas tebal, kain kanvas atau papan. Biasanya teknik yang diaplikasikan ialah disapu mengikut lapisan yang nipis, jalur sapuan diselang-selikan supaya kesan warna rata dan licin.

Cat Minyak
Cat minyak telah diperoleh dalam bentuk tiup. Bahantara untuk menggunakan cat minyak ialah turpetine. Bahan pengilat yang boleh digunakan ialah minyak linsid, minyak poppy atau minyak kacang. Berus yang digunakan adalah jenis lembut dan keras, pisau palet, kekuda, kanvas, papan, kayu playwood dan kadbod. Teknik yang diaplikasikan ialah teknik lipasto, glazing, cat tepat atau hardedge, titik scumbling atau teknik melembut.





Teknik Catan
______________________________________________

Teknik Basah Atas Kering
Ciri-ciri
Teknik ini melibatkan sapuan warna basah ke atas permukaan kertas yang kering untuk menghasilkan kesan legap. Teknik ini banyak digunakan kerana sesuai dengan beberapa jenis media dan agak senang dikawal sapuan warnanya. Teknik ini juga boleh menggunakan warna yang basah dan disapukan ke atas lapisan warna yang telah kering bagi mendapatkan kesan lut sinar.
Campuran Warna
Campuran warna yang hendak digunakan haruslah tidak pekat dan tidak terlalu cair. Kertas hendaklah kering. Sapuan berus yang spontan adalah digalakkan.
Cara
Warna disapu ke atas kertas lukisan yang kering. Mulakan dengan lapisan yan nipis dan ditindih berperingkat-peringkat dengan ton yang semakin gelap. Untuk mendapatkan kesan transparensi, basahkan berus dan celup ke dalam warna yang cair, sapu di atas kertas lukisan. Biarkannya kering dan ulangi aktiviti yang sama.

Teknik Basah Atas Basah
Ciri-ciri
Teknik ini melibatkan sapuan warna cair ke atas permukaan kertas yang basah. Ia menghasilkan kesan lut sinar. Teknik ini merupakan teknik yang dramatik bagi media cat air dan yang paling sukar untuk dikawal sapuannya. Pelukis harus membiarkan warna terdahulu yang masih lembap. Sapuan warna berikutnya adalah lebih tinggi kandungan air dan pewarnanya. Jika tidak, warna akan bercampur dan hasilnya nampak kotor.
Campuran warna
Campuran warna hendaklah tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Sebaik-baiknya ia harus mempunyai nilai warna yang cukup terang. Ini kerana warna cat air akan nampak kurang cerah apabila kering. Gunakan sapuan berus yang spontan.

Cara
Kertas dibasahkan dengan satu lapisan air atau warna yang cair. Warna disapukan apabila permukaan masih basah. Jika menggunakan lakaran pensel, elakkan daripada memadam garisan kerana ini akan menimbulkan kesan berbulu. Seterusnya ia akan meninggalkan kesan kering berlegap.

Teknik Berus Kering
Ciri-ciri
Teknik yang melibatkan sapuan warna terus dari tiub ke atas permukaan kertas. Teknik ini boleh juga melibatkan sapuan warna yang pekat ke atas lapisan warna yang telah kering untuk menghasilkan kesan jalinan. Ia akan memberi kesan kering berlegap.
Campuran warna
Gunakan warna terus dari tiub atau bancuhkan warna yang dikehendaki itu dahulu dengan pekat. Kertas hendaklah kering. Sebaik-baiknya, asingkan warna yang telah dibancuh.
Cara
Gunakan berus yang kering untuk mengambil warna yang telah dibancuh. Warna disapukan dengan rata pada bahagian tertentu di atas permukaan kertas yang kering. Sapukan pada bahagian tersebut satu demi satu supaya warna pada setiap bahagian tidak bercampur. Gunakan berus yang halus bagi menandakan jalinan yang halus. Jika ingin menimbulkan kesan tindihan, biarkan warna kering dahulu. Kemudian, sapukan warna yang pekat ke atas lapisan warna yang telah kering.

Teknik Kecatan
Ciri-ciri
Teknik ini melibatkan sapuan warna terus dari tiub. Kertas sentiasa basah sehingga catan selesai dibuat. Catan jenis ini memberi kesan jalinan dan kekasaran. Melalui teknik ini, catan kelihatan bebas, semula jadi dan spontan.
Campuran warna
Warna yang pekat dari tiub digunakan. Sapuan warna terus dari tiub atas kertas. Jika hendak menggunakan air, hanya gunakan sedikit sahaja.


Cara
Ambil warna terus dari tiub dan sapukan pada permukaan kertas lukisan. Campuran warna yang kedua ditindihkan di atas warna yang pertama tanpa menunggu warna itu kering. Kertas sentiasa basah sehingga catan selesai dibuat.